Sunday, 25 November 2018

KOPI BAIK ATAU BURUK UNTUK KEHIDUPAN KITA?

KOPI adalah minuman harian masyarakat Malaysia dan secara umumnya mengambil kopi O tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit iaitu sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat namun jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose tanpa kalori adalah lebih baik.
Kopi yang dicampur dengan krimer tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca kepada masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) yang akhirnya boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.
Sementara itu, bahan kafein dalam kopi berfungsi untuk menghalang kesan pencetus saraf adenosine (neurotransmitter) yang boleh menyebabkan keletihan serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang waktu petang dan akan membuatkan seseorang itu berasa letih dan mengantuk terutama menjelang malam.
Kafein juga membantu merangsang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Kafein juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kafein begitu cepat meresap ke dalam darah dan berdasarkan kajian secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.
Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana. Syaratnya kopi yang diambil itu tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer.
Dalam pada itu, laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung 21 kajian kohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kajian lain juga menunjukkan kopi mampu memberikan kesan positif terhadap kawalan tekanan dengan bertindak menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar tekanan. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.
Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84 peratus. Kajian turut menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik sehingga 30 peratus terutama dalam kalangan wanita dan pesakit diabetes.
Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64 peratus, kanser kolorektal sehingga 38 peratus dan kanser kulit sehingga 20 peratus. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40 peratus kepada lelaki dan 57 peratus kepada wanita.
Dalam perkembangan berkaitan pengambilan kopi dengan kadar yang disyorkan adalah antara dua hingga empat cawan (tanpa gula yang tinggi dan tanpa dicampurkan krimer). Bagaimanapun pengambilan kopi melebihi empat cawan sehari atau lebih daripada 400mg kafein sehari akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur.

DR. NORMAN MOHD NORAWI
Perdim, Melaka


SUMBER:http://www.utusan.com.my/rencana/forum/baik-atau-buruk-kopi-kepada-kesihatan-1.349853#ixzz5XvfjU7Cx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 29 August 2017

PEMBUNGKUSAN BARU



ALHAMDULILLAH....
Akhirnya KOPI CAP KOPIAH MALAYA sudah berwajah baru ...
Pembungkusan yang baru menampakkannya lebih moden ..
Pembungkusan baru sudah mula memasuki pasaran secara berperingkat..
Nantikan pula KOPI 0 2 IN 1 CAP KOPIAH MALAYA...

Tuesday, 25 April 2017

SALAM ISRA' MIKRAJ

Tanggal 24 April , 27 Rejab 1438 bersamaan hari Isnin , Kilang KOPI CAP KOPIAH MALAYA telah dikunjungi oleh bekas imam masjid Al-Aqsa , Syeikh Kamil Ali Hassan Al Kiassy.






TEAM KOPI CAP KOPIAH MALAYA BERSAMA SYEIKH KAMIL ALI HASSAN AL KAISSY  





LAWATAN SEKITAR KILANG 

Saturday, 22 April 2017

KOPI TOP UTARA

Kopi mempunyai kumpulan penggemar tersendiri. Keunikan rasa dan aromanya telah menjadikan ia sebagai minuman yang sangat popular di seluruh dunia.
Kesempurnaan dan kelazatan rasa kopi sebenarnya dipengaruhi oleh teknik pemprosesannya seperti memanggang, menggoreng, mengisar dan diadun bersama-sama bahan-bahan penambah perisa.
Justeru, banyak syarikat perusahaan minuman itu berusaha mencari formula terbaik untuk menghasilkan ramuan kopi yang lain daripada lain.
Di sebalik kemunculan pelbagai jenama kopi di pasaran,anda tentunya pernah mengenali satu jenama tempatan dikenali sebagai KOPI CAP KOPIAH MALAYA yang semakin mendapat perhatian terutama di utara tanah air.

Kopi ini unik kerana dihasilkan secara tradisional . KOPI CAP KOPIAH MALAYA sebenarnya telah mula dihasilkan secara kecil-kecilan sejak tahun 1984.




Kini, kilang KOPI CAP KOPIAH MALAYA  telah mempunyai beberapa peralatan utama seperti dua kuali menggoreng, dua buah mesin pengisar dan dua mesin pembungkus.



Serbuk KOPI CAP KOPIAH MALAYA ini diproses daripada biji kopi Robusta , dicampur dengan gula putih, margerin , biji bijan, susu pekat manis dan garam. 




JOM KENALI KOPI CAP KOPIAH MALAYA

KOPI CAP KOPIAH MALAYA MEMPUNYAI 4 SAIZ YANG BERBEZA .




KOPI CAP KOPIAH MALAYA 70 GRAM 


KOPI CAP KOPIAH MALAYA 140 GRAM 


KOPI CAP KOPIAH MALAYA 300 GRAM 


KOPI CAP KOPIAH MALAYA ( KASAR ) 300 GRAM 


KOPI CAP KOPIAH MALAYA 600 GRAM 


KOPI CAP KOPIAH MALAYA (KASAR) 600 GRAM 

KOPI BAIK ATAU BURUK UNTUK KEHIDUPAN KITA?

KOPI  adalah minuman harian masyarakat Malaysia dan secara umumnya mengambil kopi O tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik unt...